Mesej utama
Ejen neuromodulator seperti gabapentin dan pregabalin adalah ubat-ubatan yang membantu tubuh peka dan bertindak balas terhadap gatal-gatal. Ubat-ubatan ini boleh mengurangkan kegatalan pascabakar berbanding antihistamin oral.
Modaliti fizikal menunjukkan variasi keberkesanan dalam mengurangkan gatal pascabakar. Terapi urutan dan gelombang kejutan ekstrakorporeal berkemungkinan mengurangkan gatal pascabakar berbanding kawalan berkaitan, sementara itu sentuhan terapeutik boleh meningkatkan kegatalan pascabakar berbanding perawatan.
Intervensi topikal juga menunjukkan pelbagai keberkesanan dalam mengurangkan gatal pascabakar. Berbanding kawalan plasebo, salap Enalapril berkemungkinan mengurangkan gatal pascabakar, manakala pelembap Provase berkemungkinan tidak memberi kesan terhadap gatal pascabakar berbanding pelembab kawalan.
Apa itu pruritus (gatal) pascabakar?
Pruritus pascabakar ialah keadaan yang sudah diketahui umum yang lazimnya berlaku dalam dua rangka masa dan konteks klinikal yang berbeza. Pertamanya ialah pruritus penyembuhan luka sementara, yang berlaku awal dalam penyembuhan luka akut dan sangat biasa tetapi berjangka pendek. Yang kedua ialah pruritus parut terbakar, yang mana ia tahan lama dan agak rentan terhadap rawatan.
Apakah yang ingin kami ketahui?
Kami ingin melihat intervensi yang mana pabila dibandingkan dengan pembanding relatif mereka, ia akan mengurangkan gatal-gatal yang berkaitan dengan luka bakar.
Untuk setiap intervensi kami melihat pada:
- perubahan dalam gatal-gatal yang berkaitan dengan luka bakar;
- kesan yang memudaratkan (contohnya, mengantuk) selepas rawatan;
- nilai untuk wang;
- kesakitanesakitan;
- kepuasan yang dirasai peserta terhadap intervensi;
- penyembuhan luka;
- kualiti hidup.
Apa yang kami lakukan?
Kami melibatkan kajian-kajian yang merekrut peserta pada mana-mana umur dan jantina, yang mengalami gatal-gatal pada luka bakar, cantuman atau tapak penderma dan yang telah dirawat dalam mana-mana tetapan penjagaaan. Kami mencari kajian yang di mana:
- peserta telah mengalami gatal-gatal yang berkaitan dengan luka bakar (tetapi bukan pada mereka yang berisiko gatal-gatal yang berkaitan dengan luka bakar);
- peserta dipilih secara rawak untuk menilai kesan intervensi yang berbeza berkenaan dengan pembanding yang berkaitan.
Apakah yang kami temui?
Kami sertakan 25 kajian-kajian yang menilai 21 intervensi dengan sejumlah 1166 peserta terlibat. Enam kajian telah membandingkan agen neuromodulator dengan antihistamin atau plasebo. Empat kajian telah membandingkan jenis laser yang berbeza dengan tanpa rawatan atau plasebo. Dua kajian telah membandingkan rangsangan elektrik dengan penjagaan piawai atau rangsangan palsu. Enam kajian telah membandingkan jenis modaliti fizikal yang berbeza (contohnya terapi urut, sentuhan terapeutik, terapi gelombang kejutan ekstrakorporeal, pendidikan yang dipertingkatkan mengenai lembaran gel silikon) dengan pembanding yang berkaitan. Lima kajian telah membandingkan jenis terapi topikal yang berbeza (contohnya gel silikon, hidrogel, salap enalapril, pelembap Provase, dan lilin lebah dan krim minyak herba) dengan pembanding yang berkaitan. Pada dua kajian yang lain membandingkan kombinasi dan terapi herba yang berbeza.
- Walaupun semua kajian melaporkan perubahan dalam kegatalan yang berkaitan dengan luka bakar, hanya empat kajian melaporkan kesan yang memudaratkan. Nilai untuk wang, kepuasan yang dirasakan peserta terhadap intervensi, dan penyembuhan luka adalah tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian yang telah disertakan.
- Dari segi agen neuromodulator, manakala gabapentin, pregabalin, dan doxepin boleh lebih berkesan dalam mengurangkan kegatalan pascabakar pabila dibandingkan dengan antihistamin oral , kami mempunyai keyakinan yang lebih tinggi bahawa ondansetron berkemungkinan mengurangkan kegatalan pascabakar berbanding antihistamin oral.
- Dari segi terapi topikal, CQ-01 (hidrogel) boleh lebih berkesan dalam mengurangkan kegatalan pascabakar berbanding kawalan yang berkaitan. Salap Enalapril berkemungkinan mengurangkan gatal pascabakar berbanding kawalan plasebo. Krim gel silikon dan pelembap Provase boleh mempunyai sedikit hingga tiada kesan pada kegatalan pascabakar. Kesan lilin lebah dan krim minyak herba pada kegatalan pascabakar tidak dapat ditentukan disebabkan oleh data yang tidak tersedia.
- Dari segi modaliti fizikal, pendidikan yang dipertingkatkan pada lembaran gel silikon boleh lebih berkesan dalam mengurangkan kegatalan pascabakar berbanding pendidikan konvensional. Terapi urut dan terapi gelombang kejutan ekstrakorporeal boleh lebih berkesan dalam mengurangkan kegatalan pascabakar berbanding kawalan yang berkaitan.
Apakah batasan bukti?
Kami tidak begitu yakin dengan bukti kerana terdapat hanya satu atau dua kajian yang tersedia untuk setiap perbandingan dan kebanyakan kajian merekrut sebilangan kecil peserta (secara purata 46 peserta). Kebanyakan kajian menggunakan kaedah yang boleh berlakunnya ralat dalam keputusan kajian mereka, seperti peserta adalah menyedari kumpulan rawatan manakah yang ditugaskan kepada mereka.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Ringkasan ini adalah yang terkini setakat September 2022.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah Rohayu Izanwati Mohd Rawi (Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).